CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 31, 2008

PERTANDINGAN ESEI PENGHARGAAN BUAT AYAH & IBU

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta kau di jiwaku
Kau insan pengasih
Betapa ku harap
Hadirnya restumu ibu
Membawa ku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang
Yang berpanjangan dari mu
Insan yang mendoakan kebahagiaanAnak-anakmu
Oh ibu


HADIAH UTAMA(1x)Pemenang bagi esei paling berkualiti
HADIAH ISTIMEWA (3x)
1. Peserta paling awal menghantar penyertaan
2. Universiti yang paling banyak menghantar penyertaan
3. Pesertaan dengan esei paling kreatif (gaya penulisan)

Cara penyertaan
1. Mudah sahaja. Isikan borang maklumat peribadi anda di muka surat sebelah
2. Beritahu kami, tidak kurang daripada 300 patah perkataan tentang penghargaan secara praktikal yang telah anda lakukan untuk kedua ibubapa anda.
3. Copy paste borang penyertaan di sebelah dan hantarkan penyertaan anda bersama esei anda ke alamat email berikut: penghargaan_ayah_ibu@yahoo.com
4. Semua penyertaan mesti sampai ke tangan kami sebelum 12 tengah hari, 22/11/2008.
5. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.superproaktif.blogspot.com

SYARAT-SYARAT
1. Peraduan ini terbuka kepada ikhwah&akhwat rakyat Malaysia, agensi pengiklanan, syarikat perhubungan awam dan pengurusan acaranya serta keluarga mereka yang terdekat
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
3. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan
4. Borang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak jelas secara automatic akan hilang kelayakan
5. Pemenang akan diberitahu sama ada melaui email, sms atau telefon
6. Pengadilan akan dilakukan berdasarkan esei berkualiti yang membei inspirasi, keazaman dan kreatif.
7. Pemenang akan bertanggungjawab mengambil hadiahnya sendiri
8. Pihak kami berhak untuk menggantikan hadiah yang dinyatakan dengan barangan yang bernilai sama tanpa sebarang notis
9. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai
10. Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja dalam peraduan ini
11. Pihak penganjur berhak menggunakan nama pemenang dan hasil karya untuk tujuan publisiti pada masa depan
12. Semua penyertaan mestu sampai sebelum pukul 12 tngah hari, 22/11/2008. Penyertaan yang lewat akan dibatalkan
13. Dengan menyertai peraduan ini, peserta-peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan-peraturan dan keputusan pengadil.
14. Beritahu kami, tidak kurang dari 300 patah perkataan tentang penghargaan secara praktikal yang telah anda lakukan untuk ayah dan ibu anda.

Maklumat peribadi anda
Nama :_____________________
IPT :_____________________
Jantina:_____________________
Tel :_____________________
Email :_____________________

1 comments:

cahaya kebangkitan said...

salam... tak sabar nak menajamkan pena..