CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 20, 2008

Kini kembali...Huffaz Aulad Camp

Abstrak

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup manusia. Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditela’ah sepanjang masa agar kehidupan kita benar-benar terpimpin di bawah naungan Al-Quran. Antara cara yang berkesan bagi memungkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan Al-Quran ialah melalui aktiviti hafazan. Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar yang sememangnya masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru.
Pelajar merupakan satu aset yang amat berharga buat pembangunan dan kemajuan sesebuah institusi dan negara. Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan jika dibimbing dan diberikan kemahiran yang sewajarnya. Pelajar juga adalah generasi penyambung bagi membentuk masyarakat di masa hadapan.
Dunia kini memaparkan pelbagai ragam dan karenah pelajar dalam menongkah arus pendidikan yang deras dengan perubahan-perubahan yang kian menerpa. Situasi ini dapat digambarkan seperti lagak seorang pendayung sampan mengharungi ombak. Ada yang berjaya mendayung ketepian dan ada juga yang karam di tengah lautan.
Dalam usia rebung pelajar inilah seharusnya dimanfaatkan untuk menelaah, menghafaz dan memahami setiap bait huruf kalam Allah yang merupakan amanat agung ummat Nabi Muhammad s.a.w. Ternyata tiadanya peluang, semangat, di samping kurangnya bimbingan dan pendedahan terhadap kepentingan Al-Quran sebagai kitab mulia yang menjadi rujukan utama umat Islam ini, menyebabkan golongan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk memahami dan menghafaz Al-Quran menyebabkan mereka merasa hafazan Al-Quran adalah satu aktiviti yang amat sukar.
Melalui pengalaman dan pemerhatian, ramai ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka menghafaz Al-Quran. Namun begitu, tanpa peluang yang sesuai, kaedah dan teknik yang betul, usaha menghafaz yang dicuba tidak mencapai apa yang diinginkan. Menyedari hakikat ini, maka diadakan kem hafazan sebagai peluang berharga untuk memulakan langkah menghafaz ini agar ia dapat dilestarikan dalam membentuk generasi Al-Quran.




Pengenalan

Pure Base Training Centre adalah program bagi sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS dalam memberikan kesedaran kepada generasi mendatang.
Program ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana untuk menghafaz Al-Quran amnya dan surah Yaasin khasnya. Fasilitator yang akan membimbing peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi.
Sekitar sasaran peserta adalah yang berumur dalam lingkungan 9 – 15 tahun, di mana akan dibahagikan kepada mengikut tahap penguasaan bacaan Al-Quran. Pengisian ceramah dan slot-slot di dalam program ini disusun untuk memberikan satu pakej program yang komprehensif kepada para peserta merangkumi panduan hafazan, panduan tajwid, tatacara menghafaz Al-Quran dan petua menghafaz Al-Quran merangkumi penjagaan dari segi zahir dan batin.
Ia juga adalah satu wadah penerapan islamik untuk meningkatkan sahsiah pelajar dalam berfikir, menganalisis dan meneroka kehidupan muslim yang sebenar.

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, diharapkan program ini dapat memberi kesan-kesan yang positif terhadap mutu pecapaian sekolah terbabit dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mutu akhlak para pelajar sekolah tersebut.

Dengan itu, diharapkan program ini akan mendapat sokongan dan sambutan dari semua warga sekolah supaya hasrat dan cita-cita kita dalam melahirkan graduan yang serba boleh akan tercapai.








Objektif

Objektif Umum

Ø Membina hubungan (relationship) yang baik dan erat di antara mahasiswa dan mahasiswi dan warga sekolah yang terlibat.
Ø Memperkenalkan IPTA dan IPTS kepada masyarakat luar sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu.
Ø Mencapai hasrat Pure Base Training Centre dalam usaha melahirkan graduan yang serba boleh (well rounded) yang berkemampuan untuk memberi khidmat dan sumbangan kepada agama, masyarakat, nusa, bangsa dan negara.

Objektif Khusus

Ø Memberi motivasi kepada pelajar bahawa pentingnya Al-Quran dalam kehidupan muslim sebenar.
Ø Menerapkan kemahiran menghafaz Al-Quran amnya dan Surah Yaasin khususnya.
Ø Sebagai serampang tiga mata iaitu membentuk jiwa pelajar melalui program hafazan Al-Quran, penghayatan ilmu dan pembentukan akhlak melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.











Modul : Tatacara Menghafaz Al-Quran

a. Objektif
i. Memberi pendedahan tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan
ii. Membimbing pelajar untuk mengetahui hukum tajwid yang terkandung dalam surah Yaasin dan surah-surah lazim bacaan solat.
iii. Membentuk sahsiah peribadi yang unggul dalam memimpin negara di masa hadapan
iv. Menjalinkan hubungan siraturrahim di antara pelajar dan fasilitator yang terdiri daripada mahasiswi.

b. Slot program yang ditawarkan :
i. Ceramah 1: “Langkah Mula Menghafaz”
ii. Ceramah 2:“Bagaimana nak kekalkan ingatan bacaan yang telah dihafaz?”
iii. Bacaan Al-Quran dari CD qari pilihan dalam dan luar negara
iv. LDK 1 & 2 yang akan membimbing peserta menghafaz dan menguasai mengikut tahap yang telah ditetapkan.(Surah An-Nas sehingga Surah Ad-Dhuha dan Surah Yaasin)
v. Sesi tasmi’ dengan tenaga yang terlatih.
vi. Pertandingan akhir hafazan Al-Quran

c. Tempoh perjalanan program 2 hari 1 malam

d. Mahasiswa IPTA& IPTS yang terlibat:
i. Universiti Sains Malaysia (USM)
ii. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
iii. Universiti Putra Malaysia (UPM)
iv. Universiti Malaya (UM)
v. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
vi. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
vii. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
viii. Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS)
ix. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
x. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
xi. Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS)
xii. Perak Medical College (PMC)
xiii. Poli Teknik Ungku Omar (PUO)
xiv. Kolej Matrikulasi Perak

e. Mahasiswa; fasilatator yang terlibat dalam acara program ini tergantung kepada bilangan peserta. Kadar maksimum nisbah fasilatator kepada peserta 1:6
























TENTATIF KEM HAFAZAN 08


HARI PERTAMA 17 OGOS 2008/ AHAD

03.00-05.00 ptg - Ketibaan peserta
05.00-06.00 ptg - Pendaftaran / Check in.
06.00-07.00 ptg - Makan Malam + Mandi + Khidmat diri + Persiapan solat
07.00-09.00 mlm - Solat Maghrib Berjemaah + Tazkirah ( sejarah penurunan al-quran) + Solat Isyak berjemaah
09.00-09.30 mlm - Breafing Modul
09.30-11.45 mlm - Sesi Ta’aruf
11.45-12.00 mlm - Bacaan al-Mulk
12.00-04.30 pg - Tidur



HARI KEDUA 18 OGOS 2008/ ISNIN


04.00-04.30 pagi - Bangun Tidur + Khidmat diri + Persiapan solat
04.30-06.00 pagi - Taqarrub Ilallah
06.10-06.45 pagi - Solat Subuh Berjemaah + Ma’tsurat + Tazkirah ( asbabul nuzul yaasin)
06.45-07.00 pagi - Senaman
07.00-08.30pagi - Sarapan pagi + Mandi
09.00-11.30 pagi - CERAMAH 1
tajuk : kelebihan dan kepentingan menghafaz al-quran
11.30-11.45 tghr - Minum pagi
11.45-12.15 tghr - Gema Yaasin
12.15-01.00 tghr - Qaillullah
01.00-02.30 ptg - Makan tengah hari + Khidmat diri + Solat Zohor
02.30-04.30 ptg - CERAMAH 2
Tajuk : tatacara menghafaz al-quran
04.30-05.30 ptg - Solat Asar Berjemaah + Ma’tsurat
05.30-06.00 ptg - Riadhah
06.00-06.30 ptg - Makan malam
06.30-07.00 ptg - Mandi + Khidmat diri + Persiapan solat
07.00-09.00 mlm - Solat Maghrib Berjemaah + Tazkirah ( keistimewaan surah yaasin) + Solat Isyak berjemaah
09.00-11.00 mlm - LDK 1 panduan tajwid surah yaasin
11.00-11.10 mlm - Supper
11.10-12.00 pg - Slot Muhasabah
12.00-04.15 pg - Tidur




HARI KEDUA 19 OGOS 2008/ SELASA



04.00-04.30 pagi - Bangun Tidur + Khidmat diri + Persiapan solat
04.30-06.00 pagi - Taqarrub Ilallah
06.10-06.45 pagi - Solat Subuh Berjemaah + Ma’tsurat + Tazkirah (fenomena dalam surah yaasin)
06.45-07.00 pagi - Senaman
07.00-08.30pagi - Sarapan pagi + Mandi
09.00-11.30 pagi - LDK 2 bahagian 1 (ayat 1-12)
11.30-11.45 tghr - Minum pagi
11.45-12.15 tghr - Gema Yaasin
12.15-01.00 tghr - Qaillullah
01.00-02.30 ptg - Makan tengah hari + Khidmat diri + Solat Zohor
02.30-04.30 ptg - LDK 3 bahagian 2 (Ayat 13-27)
Tajuk : tatacara menghafaz al-quran
04.30-05.30 ptg - Solat Asar Berjemaah + Ma’tsurat
05.30-06.00 ptg - Riadhah
06.00-06.30 ptg - Makan malam
06.30-07.00 ptg - Mandi + Khidmat diri + Persiapan solat
07.00-09.00 mlm - Solat Maghrib Berjemaah + Tazkirah (virus dalam hafalan al-quran) + Solat Isyak berjemaah
09.00-11.00 mlm - LDK 4 bahagian 3 ( Ayat 28-40)
11.00-11.10 mlm - Supper
11.10-12.00 pg - Slot Muhasabah
12.00-04.15 pg - Tidur


HARI KETIGA 20 OGOS 2008/ RABU


04.15-04.45 pagi - Bangun Tidur + Khidmat diri + Mandi + Persiapan solat
04.45-06.00 pagi - Taqarrub Ilallah
06.10-06.45 pagi - Solat Subuh Berjemaah + Ma’tsurat + Tazkirah ( bahaya melupakan al-quran)
06.45-08.00 pagi - Kendiri + Makan
08.00-12.00pagi - akademi huffaz
12.00.-01.00pagi - makan tengah hari
01.00-02.30 pagi - gema yaasin + solat
02.30-04.00 thgr - majlis penutup + penyampaian hadiah
04.00- ptg – bersurai/ check out


Pelan ke tapak Program












2 comments:

antamuSlim said...

salam.. nak daftar adik2 utk Huffaz Aulad Camp ni. nak contact siapa?

Unknown said...

Assalamualaikum, Saya berminat nak hantar anak ke Huffaz Aulad Camp, ada ke di buat untuk tahun ini dan boleh tahu contact person tel number?